Selasa, 17 Mei 2011

MARI HAYATI BERSAME DENGAN MATA HATI..^_^

ASSALAMUALAIKUM sahabat-sahabatku..harap kalian semua sihat-sihat hendaknya..moga kita semua sentiase mendapat keredhaanNYA dan kerahmatanNYA..setelah lama aku menyepi,menghilangkan diri sehingga bersawang blog aku ni tanpe di-update kali ini ade sedikit kata-kata yang ingin aku share bersama-sama..bagiku kata-kata ini sangat bermakne..marilah kita hayati bersama-sama..^_^

Wahai sahabat-sahabatku...


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mu agar
kelak menjadi GOLONGAN di atas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan