Rabu, 15 Disember 2010

EPILOG CINTA


Mutakhir ini cinta seolah-olah telah hilang keramatnya.Cinta yang penuh suci dan penuh makna telah menjadi barang terbuang , berciciran dimana-mana, di lorong-lorong, di bwh timbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam melabuhkan tirainya..Remaja berebut-rebut mengutip bunga cinta yg berkeliaran dan bersimpang -siur dimana-mana...Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yg tidak mengenal iman dan kehormatan...

Entah di mana silapnya cinta yg sepatutnya menjadi lambang kebahagian, kedamaian dan keamanan manusia sejagat menjadi pemusnah. Remaja perempuan yg bergelar gadis hilang maruah demi cinta...Lelaki menjadi penjaja cinta murahan.. Kedua-duanya hilang addab sopan, ibu bapa pula menjadi musuh, kononnya suatu pengorbanan...

Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula, stiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di merata-rata. Di manakah bukti kata pujangga cinta di alam remaja itu suci dan membawa kesejahteraan...? Seluruh pelosok alam tahu cinta memerlukan pengorbanan...
Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, maruah, agama, budaya, dan adat, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi...

Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata.... Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir drpda ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yg benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yg sentiasa meyakini insan yg dicintainya. Awas wahai remaja perempuan, sesetengah drpda sikap demikian baik dan penuh sopan kadang-kadang penuh pula dgn kepura-puraan... Kekuatan dan kebenaran cinta yg diredhai Allah sebenarnya bermula dari diri seorang yg beriman... Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan tetapi dalam masa yg sama, dia mencemarkan maruah kesucian dan keimanan teman perempuannya itu. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin kpda wanita. Merekalah pembela maruah dan nasib wanita. Bolehkah diterima janji cintanya sedang dlm masa yg sama dia mengheret pasangannya itu ke kancah maksiat...? Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama-sama mendarat di pulau iman...??

Lelaki yg benar-benar mencintai pasangannya tdk akan mencemarkan kekasihnya walaupun bersentuhan tangan sebagai bukti cinta. Ketahuilah olehmu wahai muslimat, semua perlakuannya itu tdk lain dari hasutan nafsu serakah yg ditunjangi hasutan syaitan..!! Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita..!! Tidak perlu berkorban utk cinta krna cinta yg benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia. Cinta pasti hadir dlm ...jiwa manusia terutama dlm kemelutnya..menghadapi perubahan diri, persekitaran dan alam. Serpihan jiwa remaja bertembung dgn perasaan ke arah kedewasaan myebabkan lahirnya pertembungan dua perasaan iaitu antara jiwa keanakan dan naluri kedewasaan. Lahirlah cinta "sang kera" cinta yg melompat-lompat yg begitu rapuh.

Ketahuilah ... rasa cinta dan kasih sayang di alam remaja hanyalah dorongan naluri utk dimiliki atau memiliki. Sedang hakikat sebenarnya, rasa demikian adalah pengisian kearah tuntutan iman dan kesedaran utk ditumpahkan sepenuhnya kpda Allah s.w.t. Dan ketahuilah... rasa cinta itu sebenarnya adalah rasa resah yg liar dan tdk terpimpin. Ia adalah rasa yg bakal mjadi virus perosak kpda kehidupan madani. Lantaran itu, wahai putera-puteri sekalian , serahkanlah cintamu kpda YANG SATU, cintamu pasti berbalas dgn nikmat yg tdk terhitung...
Wallahu A'lam...

Selasa, 14 Disember 2010

"Apabila kte sndri di uji dgn ape yg sering kte dkwahkan,itu petanda ALLAH sdg mendidik kte agar mlaksanakn ape yg kte perkatakn,bersyukurlah krn ALLAH msih sudi mengingatkn ktedlm usaha kte mengingatkn insan lain...."

Khamis, 11 Mac 2010

RENUNGAN SEJENAK

" Bila KEKUTAN dipohon, ALLAH beri RINTANGAN untuk hadapi. Bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon, ALLAH beri MASALAH untuk diselesaikaN. Bila KASIH ALLAH yang dipohon, ALLAH beri DUGAAN untuk dihadapi. dan setiap yang dipohon pasti DIUJI, supaya lebih dekat denganNYA".
SELAMAT MENGUKIR CINTA KE SYURGA,